Khamis, 20 Mei 2010
Jumaat, 14 Mei 2010
Jumaat, 7 Mei 2010
Selasa, 6 April 2010
Aku Sebatang Pen
Aku sebatang pen .Aku dilahirkan di sebuah kilang di Selangor.
Aku di beri nama Pillot. Aku bewana biru .
Pada suatu hari seorang pemuda hendak membeli aku.Pemuda itu
berasa bahagia kerana dapat membelikan anaknya sebatang pen.
Aku di beri kepada anaknya. Dia berjanji akan menjaga aku dengan baik.
Apa bila ke asrama, dia pun menggunakan aku untuk menulis . Aku berasa beruntung kerana aku dapat di gunakan pada waktu keperluan. Sebab itu, ubat aku takkan habis . Pada suatu hari aku di bawa pergi bersiar-siar.
Aku digunakan untuk menulis alamat. Tiba-tiba, aku terjatuh ke bawah kerusi.
Aku telah rosak akibat kejadian itu. Tuanku terus membetulkan aku,tetapi aku tidak boleh dibetulkan. Apalah nasibku kerana sudah tidak dapat digunakan lagi.Tetapi aku berasa gembira kerana dapat menolong tuanku yang menjagaku dengan baik.Aku dibuang ke dalam tong sampah.
Tamat.
Posted by muhammad at 4:34 PG 0 comments
Sabtu, 27 Mac 2010
Khamis, 25 Mac 2010
Khamis, 11 Februari 2010
Gadis Kecil - Usman Awang
Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi
Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'
Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
Posted by muhammad at 10:06 PTG 0 comments
